send link to app

Gsejid app for iPhone and iPad


4.0 ( 0 ratings )
Utilities Productivity
Developer: Ahmad Firdaus Samsuddin
Free
Current version: 1.1, last update: 4 years ago
First release : 26 Nov 2019
App size: 0 Bytes

Aplikasi ini boleh digunakan oleh semua ahli kariah dan juga Ahli Jawantakuasa (AJK) masjid atau surau. Konsep aplikasi ini amat mudah. Ia berbentuk seperti laman web sesebuah masjid atau surau, namun hanya memaparkan ciri-ciri tertentu yang biasa ditemui pada laman web masjid atau surau. Antaranya jadual kuliah, jadual ceramah, aktiviti masjid, berita, derma online dan sebagainya. Perbezaan utama aplikasi ini dengan laman web masjid dan surau adalah ia dilengkapi dengan notifikasi mengenai kuliah atau pun aktiviti yang akan berlaku pada masa terdekat. Untuk AJK masjid/surau aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri-ciri tambahan seperti kemudahan tempah kemudahan masjid, pengurusan aset, pengurusan khairat kematian dan lain-lain.

Antara kelebihan aplikasi ini adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi ini tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu. Pengguna hanya pilih masjid/surau berdekatan yang telah berdaftar dengan aplikasi ini dan pilih subscribe untuk melangganya. Sistem GSejid akan menghantar notifikasi kepada pelanggannya jika ada sebarang akitiviti yang akan berlaku. Apa yang menarik adalan pengguna boleh melanggan lebih daripada satu masjid/surau pada satu-satu masa.